Home > About the SAGC > Policy Objectives
Policy Objectives of the State Attorney-General's Chambers
- To provide proper legal advice to the State Government and its public officers
to ensure that the machinery of the State Government functions according to the
law.
- To ensure that all public officers of the State Government maintain a high
standard of awareness of the rule of law in carrying out their official duties.
- To uphold the principles of justice and fairness to all concerned in accordance
with the principles of equality before the law and equal protection of the law
is enshrined in the Federal Constitution.
- To protect and safeguard the interest of the State Government and the interest
of the public against any illegal infringement of their legal rights.
- To secure enforcement of the law by the relevant law enforcement authorities in
the State in the interest of the public.
- To carry out law revision and law reform from time to time to ensure that the
law be developed in keeping with changing circumstances.
Objektif-Objektif Dasar Jabatan Peguam Besar Negeri
- Untuk memberi nasihat guaman yang sempurna kepada Kerajaan Negeri dan
pegawai-pegawai awamnya demi untuk memastikan jentera Kerajaan Negeri berfungsi
sejajar dengan undang-undang.
- Untuk memastikan bahawa semua pegawai awam Kerajaan Negeri mempunyai taraf
kesedaran yang tinggi mengenai kedaulatan undang-undang dalam menjalankan tugas
tugas rasmi mereka.
- Untuk menegak prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan kepada semua yang
berkenaan sejajar dengan prinsip-prinsip kesamarataan di sisi undan-undang dan
perlindungan samarata undang-undang sebagaimana yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan.
- Untuk menjaga dan melindungkan kepentingan Kerajaan Negeri dan kepentingan awam
terhadap apa-apa pelanggaran yang menyalahi undang-undang hak-hak mereka di sisi
undang-undang.
- Untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa penguatkuasa
undang-undang yang berkenaan dalam Negeri sesuai dengan kepentingan awam.
- Untuk menjalankan semakan undang-undang dan pembaharuan undang-undang dari
semasa ke semasa demi untuk memastikan bahawa undang-undang itu dibaharui sesuai
dengan hal keadaan hal keadaan yang berubah.
Clients' Charter
Piagam Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah
Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan guaman kepada semua Kementerian,
Jabatan, Pejabat dan Pegawai Awam dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dengan
cekap, tepat dan mesra seperti berikut:
- memberi nasihat guaman yang dikehendaki oleh pelanggan dalam masa sebulan;
- meneliti setiap perjanjian, dokumen perundangan dan dokumen-dokumen
undang-undang yang lain dalam masa dua minggu;
- menggubal perjanjian, dokumen perundangan dan dokumen-dukumen undang-undang yang
lain dalam masa sebulan;
- memulakan dan mengendalikan tindakan undang-undang oleh atau terhadap Kerajaan
Negeri atau Pegawai Awam Negeri dalam mana-mana Mahkamah dalam masa yang
munasabah berdasarkan dan tertakluk kepada fakta, intipati dan keadaan kes-kes
berkenaan;
- menyemak dan mencetak semula undang-undang statut Negeri yang sedia ada dalam
masa yang munasabah berdasarkan dan tertaluk kepada fakta, intipati dan keadaan
kes-kes berkenaan.
Bertarikh di Kota Kinabalu pada 28hb. Oktober, 1993.